Pertama kali berjumpa
Tersemai benih cinta tanpa disangka
Terpaku pada kelantangan dakwahmu
Terharu dengan pengabdianmu padaNya
Terbias api perjuangan di wajahmu
Menyedarkan aku dari tidur yang lena
Lalu ku bertekad untuk turut meniti
Jalan perjuangan para mujahidin
Wahai mujahidah
Bibirmu bertasbih menyebarkan dakwah
Langkahmu tak pernah goyah walau pelbagai mehnah
Semangatmu takkan luntur walau dikeji dihina
Perjuanganmu terus gagah menggenggam risalah
Kerna iman yang mekar bernyawa dijiwa
Namun kau tak pernah lupa wahai mujahidah
Mengabdikan diri pada yang maha esa
Meratap menangis mengadu padanya
Bersujud merendahkan diri dihadapanNya
Mengalunkan kalimah suci dari kitabNya
Ayat-ayatNya menjadi santapan rohanimu
Kau juga pencinta mulia
Mencintai kami melebihi dirimu sendiri
Sanggup berkorban tenaga,harta jua masa
Dalam mentarbiahkan kami semua
Menyediakan kami menjadi pejuang sejati
Mambawa Islam di muka bumi
Meramaikan ahli jannah di sana nanti
Wahai mujahidah solehah
Pesananmu kami semat sekukuhnya dihati
Laungan kebenaranmu kami sambut
Perjuanganmu kami sambung
Dalam mengislah diri dan seluruhnya
Menjadi amilin untuk agamaNya
Menerima taklifan walau berat menggalasnya
Wahai mujahidah yang ku sayang
Cintamu menghidupkan jiwa yang kami gersang
Melorong kami pada keagungan cintaNya
Kemesraanmu menyemai ukhuwah dalam hati kami
Dengan mahabbah atas namaNya
Ketegasanmu dalam setiap bicara dan tindakan
Menyedarkan kami ini bukan padang permainan
Seruanmu supaya istiqomah dalam berjuang
Membawa panji islam di muka bumi
Kau tak pernah lupa wahai mujahidah
Menegur kekhilafan dan kealphaan kami
Menasihati kami supaya berakhlak mulia
kami sering lalai dan leka denga dunia
kami terima setiap teguranmu dengan lapang dada
kerna mengerti cintamu yang terlalu dalam pada kami
Seandainya satu hari nanti kau akan pergi
Meneruskan perjuanganmu di mayapada
Kami rela dan redha dengan takdir itu
Semoga tika itu kami telah bersedia
Membawa risalah yang telah kau amanahkan
Berdikari berjuang atas kaki sendiri
Walau tersungkur pasti bangkit semula
Untukmu mujahidah sejati
Tiada ungkapan yang bisa menggambarkan
Penghargaan kami pada setiap yang kau berikan
Walau kau rasa pengongsian itu hanya secebis cuma
Tapi bagi kami ibarat selautan banyaknya
Kerana kau mengukir cinta Ilahi
Dalam lembaran hidup kami
Mendidik kami dalam perjuangan
Sebagai khalifah sejati di muka bumi