Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Saturday, May 21, 2011

PALESTIN TAK PERNAH GENTAR

Isu Palestin tak pernah selesai
Sejak berabad lalu hingga ke saat ini
Tiba-tiba media senyap tentang khabar mereka
Sejak serangan zionis ke atas Al-Quds awal 2009
Memanipulasikan minda kononnya meredakan kemarahan umat islam

Apakah penderitaan di gaza telah tamat?
Akibatnya ramai yang tak peduli tentang palestin lagi.
Atau umat islam terlalu sibik dengan urusan sendiri?
Wajarkah mereka dilupakan dan basib tak terbela?
Sedang sungai darah terus mengalir di bumi Al- Aqsa itu…

Cuba kita Tanya?
Siapa yang sanggup menggalas senjata?
Siapa yang sanggup mati?
Siapa yang akan mara?
Dan siapa yang akan kecundang?
Lalu umat mana yang akan syahid atau menang?
Adakah aku,kamu atau mereka?

Aku kesal bila palestin tandus di minda
Bila disoal tak tahu Palestin tantang apa!
Apakah mereka tidak didedahkan tentang isu ini
Atau diri sendiri tak pernah peduli?
Tentang saudara sendiri asal hidup sendiri bahagia

Kefahaman yang mendalam dalam nurani umat islam
Hanya akan tercetus bila cerita ini disebarkan
Memahami proses rentetan sejarah saudara di palestin
Menyelami sakit,pahit,jerihnya perjuangan mereka
Kerna mereka adalah saudara seislam kita

Agar dapat member gambaran yang jelas
Kesedaran untuk menyokong warga pelstin
Untuk memiliki semua tanah air mereka
Mendaulatkan kota baitul maqdis dan masjidil al-aqsa
Dan teguhkan jati diri umat dalam menentang yahudi

Serangan tanpa henti mengakibatkan ribuan nyawa terkorban
Semoga allah kurniakan mereka syahid
Mereka yang cedera melebihi ribuan nyawa
Seandainya tiada sekatan terhadap kebinatangan mereka
Maka akan jadi sejarah paling perit pada kurun ini

Bahasa yang paling sesuai untuk mereka adalah jihad
Yang diusulkan para ulama’ dan pemimpin islam
Pertikaian ini hendaklah diselesaikan dengan pedang
Semoga umat islam bangkit begitu juga masyarakat dunia
Menghancurkan kezaliaman Israel di bumi suci itu

Kasih kita pada palestin dan warganya
Agar ukhuwah islamiah dan ta’awun dapat disuburkan
Harapan umat islam sentiasa mendapat pemeliharaan allah
Dan baitul maqdis menjadimilik umat islam kembali
Amen ya rabbal ‘alamin



*olahan daripada buku “palestin tak pernah gentar” karya Fatimah Syarha dan Zulkifli

Tuesday, May 17, 2011


Syed Qutb:
"Apabila kita hidup hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.
Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita,hidup kerana fikrah,
maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam.
Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini,
kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian
(kerana perjuangan belum mencapai matlamat).
Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang."

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai" - Syed Qutub -

Teman..
berjanji pada diri agar dirimu berjuang di medan amar ma'ruf dan nahi munkar.
membawa kemanisan iman
cinta dan jihad abadi.
lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan Deen Ilahi.
biar dirimu mati dalam perjuangan krn engkau Islam sejati.

Satu PERINGATAN buat Ana dan juga Teman-teman...