Bila seseorang manusia berkata sesuatu tentang agama, tak
semestinya dia seorang ustaz/ah. Untuk menyatakan hukum se’simple’ definasi aurat perempuan
sudah dikatakan cenderung pada bahagian agama. Dikatakan mahu manjadi peguam
maka peguam syarie pula yang bakal menjadi pilihan. Apa peguam sivil tidak
perlu tahu agama? Tak kiralah siapa kita, peguam, doktor, arkitek, jurutera ka,
kita mesti menjadi jurutera yang ada agama! Bukan sekadar ada agama yang
namanya ISLAM tapi mengamalkan ajarannya. JADI JURUTERA YANG BERIMAN!
JADIPEGUAM YANG BERIMAN! Bukan jadi peguam yang tahu undang-undang tapi
mencacaikan agama bangsa. Memperjuang kebabasan yang di luar batasan syariat.
Apa guna belajar sampai 5-7 tahun untuk menjadi seorang doctor, kerja sampai 24
jam semata-mata untuk merawat pesakit tapi solat 5 waktu pun tak cukup! Bila graduatenya seorang doctor, dia
dikatakan hebat? Kehebatan apa yang perlu dibanggakan jika doa qunut pun hafal?
MasyaAllah… hari ini yang di puja-puja adalah manusia yang
hebat akedemiknya. Insan kerdil yang menghafal al-quran itu diketepikan. Ah,
dunia telah terbalik. Bila dia bicara bab ekonomi, dia digelar ahli ekonomi
yang hebat. Nonsense! Sepatutnya, jika
dia seorang arkitek, tapi tak tahu agama…dia patut digelakkan beramai-ramai.
Bukan bermakna nak memperkecilkan mereka tetapi agama ini kan semua orang
menganutinya. Sesuatu yang umum. Kita islam maka kita perlu tahu apa itu islam
dan apa yang terkandung dalam ajaran ini.
Tak semestinya yang mempelajari agama dan membicarakan agama
hanya seorang ustaz atau ustazah. Semua orang islam patut tahu basic ni!
Sampaikan ada yang beragama islam tapi takut nak bicarakan tentang islam yang
dia anuti? Risau, andai shared something di facebook tentang islam akan dituduh
alim! Akhirnya ambil keputusan post benda2 yang melalaikan macam status
“currently I at BB Plaza…” yang tak da makna langsung. Semua yang di post di FB
semuanya melalaikan. Tak ada pun satu mengajak kawan2 ingati tuhan. Mana amal
kalian? Tahu kan apa makna syahadah. Sempurnakah 2 kalimah syahadah yang kalian
lafazkan jika tiada AMAL? Bukan saya nak kata kalian kafir sebab sekadar tahu
mengucap tapi tak solat 5 waktu sebab hanya Allah yang boleh menilai iman
kalian. Tapi, renungkanlah…syurga atau neraka,pilihan itu terletak pada tangan
kita.
Kini, bila seseorang mahu memperkatakan tentang Islam, dia
dikatakan syadid (keterlaluan / ekstrem). Astaghfirullahhal’azim, sahabat kita
ni nak menyampaikan hukum Allah s.w.t ni. Bukan nak cerita kisah hero fantasi yang boleh terbang. Tapi digelakkan. Mereka
ini dipermainkan dan di sisihkan. Disuruh “kalau hang nak berceramah, hang pi
la kat masjid tu”. Brothers and sisters…takkan kita nak ingat Allah kat masjid
ja kot. Kat shopping tak yah ingat? Kat padang bola tak yah ingat? Cuba
bayangkan kalau pencipta agung kita ni, ingat kat kita time dalam masjid ja.
Bila keluar masjid, Dia lupa nak bagi kita oksigen untuk kita bernafas. Tak ke
kita terus kembali ke rahmat Allah time tu? Sahabat sekalian, tak kiralah dimana
pun kita, ingatilah Allah dalam setiap perkara.
Hari ini, semua bab agama, dilepas kan pada pak ustaz/ah.
“Hang ustaz, hangla patut tahu agama..”. Apa, hanya ustaz perlu tahu agama?
Yang dok design bangunan tu tak perlu tahu agama? Sepatutnya situasinya begini.
“Hang biologist, hang mesti tau agama. Hang engineer, hang patut tahu agama.
Hang ustaz, lagi2 la mesti tau agama!”. Lani, sampai tanggungjawab didik anak
pun dengan ilmu agama pun lepaskan bulat2 kat ustaz/ah kat sekolah. Anak dah
naik sekolah menengah pun baru baca ‘muqaddam’.
Bila anak2 buat hal, mak bapak kata lagu ni. “ Kami ibu bapa dah cuba
lakukan yang terbaik, tapi nak buat macammana, anak kami tak nak ikut…”. Apa
yang hampa dah buat, kalau sikit pun bab agama tak pernah nak di bincangkan dalam
rumah? Then, salahkan ustazah kat sekolah. Ada ibu bapa yang hantar anak2
sekolah agama untuk belajar agama. Anak2 ni pun pi la belajaq, tapi balik2
umah, ada depa tengok mak ayah depa solat? Bagi mereka buat apa nak solat kalau
mak ayah nak solat. So, ilmu yang mereka belajar kat sekolah agama ni, masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri. Maka hilanglah kehidupan beragama. Islam
sekadar pada nama, tapi selebihnya habuk pun tak dak.
Dengan kata mudah, tak kiralah siapa kita. Kita mesti tahu agama! Sini saya bawakan
huraian hadis tuntutan menuntut ilmu agama.
WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu
kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak
mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن
ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap
seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam
- lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya
hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna
melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah
wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara
yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq"
bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam
Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang
cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum
Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak
berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak
menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari
hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib
mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala
perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka
sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya,
sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak
mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah
dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak
beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan
menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara
yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam
yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya,
sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
"Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai
melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku,
lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur
racun.
***
Kalau dah tak tahu sangat pasal agama, pi la belajaq. Ni
tidak, bodoh sombong. Tak mahu menuntut ilmu agama. Bila terjadi masalah dalam
masyarakat, penyelesaiannya macam tu , macam ni. Bagi hukum sesat. Tak tefikir
nak rujuk apa yang terkandung dalam al-quran! Pemimpin apa macam ni? Lepas tu
tuduh orang sesat, padahal dia yang sesat.
Kesimpulannya, bertapa pentingnya kita menuntut ilmu agama ni. Tak
kiralah bertapa besar pangkat kita, kita tetap perlu tahu agama. Adakah dengan
sijil pengiktirafan seorang doctor itu sudah cukup di bawa ke akhirat? “ Ni dia
Ya Allah, nila yang aku buat kat dunia. Rawat orang ramai”, hai hamba allah,
berapa banyak yang hang dah buat tapi tak cukup solat, tak tutup aurat, minum
arak, berfoya-foya…hang tetap akan masuk neraka. Tak da sebab sijil hang tu
jadi lesen masuk syurga. Saya akhiri coretan kali ini dengan sebuah kalam dari
sahabat…
*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah
hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. *Jika kau bakal
menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari
kehidupan setiap Muslim. *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka
binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu. *Jika kau bakal menjadi
seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia *Jika kau bakal
menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan
yang diredhai-NYA. *Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah
umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta. *Jika kau bakal
menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim
yang berjaya. *Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah
manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya. *Jika kau
bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam
sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….*Jika kau bakal
menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh
daripada Agama tercinta. *Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka
lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim. *Jika kau
bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh
antara umat Islam itu. *Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka
pertahankanlah Islam dimata dunia *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG
kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA. *Jika
kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus
memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta. *Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH
kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya. *Jika kau
bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala
ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya. *Jika kau bakal menjadi seorang
GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka
agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….
~Menjadi orang agama itu satu pilihan tapi jadi orang beragama itu satu kewajipan~
Renung2kanlah, selamat beramal…Wallahhu’alam.