Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Tuesday, June 21, 2011

ini jalanku!!!

saudara...
Tiada kesenangan berpanjangn dalam hidup ini
Tiada keluar ‘window shopping’ meriangkan hati
Tiada makanan bermewah-mewah atau snek idaman hati
Tiada ‘handphone’ berteknologi tinggi kegilaan ramai
Tiada masa untuk menonton movie mahupun drama di tv
Tiada ruang untuk bergelak tawa atau bersembang kosong buat diri
Tiada waktu untuk ditangguhkan apalagi mahu dibazirkan

Lalu jangan persoalkan
Mengapa aku sanggup menghabiskan masa berjam-jam menuntut ilmu untuk tarbiyah diri
Mengapa aku mengisi seluruh hidupku dengan gerak kerja islam
Mengapa aku memejamkan mata mengalirkan wang ringgit buat kegunaan sahabatku
Mengapa aku meluangkan masa bersama-sama sahabatku dan mad’uku seharian waktu
Mengapa aku bisa mengikatkat perut menahan nafsu
Mengapa aku tidak keluar bersiar-siar bersama kalian
Mengapa hidupku penuh dengan program sana sini sehingga kalian lali

Mana mungkin...
Aku mampu bersenang-senangan tika saudaraku disana menderita
Mana mungkin aku bermewah dengan dunia sedang saudaraku nak makan pun tiada
Aku hanya mementingkan keperluan sendiri sedang saudaraku tiada cukup keperluannya!
Mana mungkin aku riang bergelak tawa tapi saudaraku menangis sengsara
Aku takkan menghabiskan masa untuk meriangkan hatiku tika musuh tanpa henti merancang konpirasinya!
Mana mungkin aku rehat seketika atau menyerahkan tugas ini pada yang lain sedang mereka tiada cukup tenaga kerja?

Demi allah...
Ketahuilah bawah jiwa dan jasad ini telah aku jualkan kepada allah
Masa,harta bahkan tenaga aku korbankan dijalan allah
Aku hanya bersiap siaga menerima panggilan jihadNya
Aku hanyalah pelakon di pentas drama dunia
Aku hanya mengikut skrip hidup yang ditentukan olehNya
Allah telah membeli seluruh hidupku maka aku tiada hak pada hidupku
Kerna allah menjanjikan syurga yang mengalir indah air dibawahnya

Maafkan aku
Terkadang aku melukakan hati kalian
Terkadang aku menghampakan harapan kalian
Terkadang aku melebihkan urusanku ini daripada kepentingan kalian
Tapi ketahuilah andai terpaksa atau sukarela
Aku akan tetap melangkah di medan perjuangan ini
Aku takkan mampu berhenti kerna aku telah berjanji
Allah tujuanku,rasulullah teladanku,alquran pedomanku,jihad jalan juangku

1 comment:

  1. salam..syukran..kerana mengingati ana tentang perjuangan hidup..ana share ya buat teladan ramai..

    ReplyDelete