Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Monday, October 18, 2010

Aku diberi Taklifan

Ya Allah...
Beratnya untukku ungkapkan....
Aku sememangnya bukanlah orang yang selayaknya...
untuk memikul amanah ini...
Aku hanyalah hambaMU yang hina lagi dhaif...
Ilmuku hanya senipis rambut...
Malah lebih nipis dari itu...


Sungguh...
Aku tidak meminta jawatan ini...
kerana aku tahu AMANAH itu berat...
Lebih berat berbanding batu2, bukit2 yg terdapat di bumi ini...



Namun Ya Rabbi...
Aku serahkan segalanya kepadaMU...
Kerana Engkau adalah sebaik2 perancang...
dan kerana Engkau juga yg tahu apa yg aku tidak tahu...
Mungkin dengan taklifan ini adalah sebagai satu pentarbiyahan buat aku...
Untuk aku wakafkan diriku pada jalan dakwahMU...



Ampuni segala dosaku ya Allah...
hanya padaMu tempat aku mengadu...
Bimbinglah aku melalui sirat Mu...
dan jgnlah Engkau pesongkan hatiku...
daripada agamaMU...
Sesungguhnya...
Aku redha dengan taklifan yang Engkau beri...

No comments:

Post a Comment