Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Monday, September 26, 2011

Mahasiswa harus belajar erti pengorbanan

Buat mahasiswa, anda nadi Negara,
bangsa dan yang paling penting agama.
Andalah bakal menentukan masa depan.
Andalah pemimpin yang dinanti

Tapi sayangnya…
Rosak mahasiswa,porak perandalah tamadun.
tanpa mahasiswa berilmu,kelamlah tamadun.
Tapi tamadun akan lagi rosak dgn mahasiswa yang tidak bertamadun.

Mahasiswa hari ini gelap masa depan
Memegang ijazah tapi masih menganggur
Mahasiswa hari ini tiada wawasan
Sekadar duduk diam menerima
Tidak pernah terdetik untuk memberi sesuatu


Mahasiswa kini memegang ijazah yang tiada gunanya
Menyarung jubah tanda tamat belajar selama-lamanya
Memakai topi konvokesyen mendabik dada kesombongan
Merasa lega dapat lari dari kehidupan university yang membebankan

Berapa ramai mahasiswa yang rutinnya
Hanya makan,belajar dan tidur
Ataupun keluar berjoli?
Berapa ramai mahasiswa yang sanggup menghabiskan masa mereka
Dengan program sana sini untuk pembangunan diri?

Mahasiswa harus belajar erti pengorbanan
Mahasiswa harus memahami erti memberi
Mahasiswa harus menghayati erti perjuangan
Mahasiswa harus pandai mengguna masa muda mereka


Mahasiswa bukan sekadar dilahirkan untuk memegang segulung ijazah
Tetapi mahasiswa dididik agar dapat menerajui Negara
Adakah mahasiswa yang lembik, malas dan tidak boleh diharap
Berguna untuk berkhidmat di masa hadapan?

Mahasiswa harus menyeimbangkan masa mereka
Telaahlah buku-buku agar kita tidak buta
Mengadap allah s.w.t di sejadah seketika atau berjemaah di rumahNya
Bersosial sekadarnya tapi jangan sampai melanggar batasan
Bersedia memberi khidmat pada masyarakat bila diperlukan

Jangan Tanya apa Negara beri pada kita
Tapi Tanya apa kita beri pada Negara
Jangan Tanya apa yang anda semua wahai mahasiswa akan dapat
Tapi fikirlah kesenangan masa depan terutama di padang mahsyar
Setiap amal kebajikan akan di hitung pembawa ke syurga


Andalah mahasiswa yang GAGAH…!