Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Saturday, October 1, 2011

Kalam Perpisahan

Salam perjuangan buat para mujahid sekalian
Hari ini aku masih disini tapi esok belum tentu
Tika ini aku masih bertapak disini tapi kan pergi
Meninggalkan bumi padi ini entah bila kan kembali


Sahabat sahabiah sekalian
Saat ini aku masih menghela nafas perjuangan
Moga hari esok nafas dan jiwa ini tetap sama
Istiqomah atas jalan perjuangan yang kita ikrarkan suatu ketika dulu


Seketika nanti aku akan pergi
Meninggalkan kalian dengan doa pengharapan
Agar perjuangan tetap tega diteruskan
Walau pelbagai badai menimpa menguji keimanan


Perginya aku,dia dan mereka dari medan disini
Bukan bermakna ‘kehilangan’ dalam perjuangan kita
Pasti hadir kembali ‘jiwa-jiwa tabah’ yang dipilih olehNya
Perginya kami pasti berganti dengan yang lebih hebat dariNya

Wahai sahabat-sahabatku kerana allah
Seribu kemaafan dipohon dengan segala kekurangan diri
Tiada ucapan penghargaan yang mampu digambarkan atas setiap budi
Sepanjang memori kita bersama suatu ketika duhulu

Perginya aku hari ini bukan bermakna pergi selamanya
Pasti aku akan berada disini lagi andai ditakdirkanNya
Jodoh,pertemuan dan perpisahan kita semua keranaNya
Jika bukan di dunia fana insyaallah bakal di akhirat sana



Apa yang pasti langkah perjuangan harus diteruskan
Jiwa-jiwa hamba harus sedia setia dikorbankan
Semangat dan kesedaran jihad harus sentiasa membara
Pada setiap nafas,jiwa, tenaga dan harta yang mengalir dijalanNYA


*PERJUANGAN INI BUKAN KITA YANG MEMULAKAN DAN BUKAN KITA YANG MENGAKHIRKAN*

1 comment:

  1. salam ziarah, ukhti. =)

    semoga allah memberi kekauatan buat saudari.

    saudari,

    kepuasan seorang pembuat kek bukan ketika dia mengadun bahan bahan segala. bukan juga ketika selesai membakar dan menghias kek itu, tetapi, kepuasan sebenar seorang pembuat kek adalah ketika melihat si pembeli tersenyum dan berselera menikmati kelazatan kek itu.

    juga dalam dunia da'wah. kepuasan si penda'wah bukan ketika ia dipukul atau dihina mahupun dicerca a[alagi dipuji kerana itu adalah asam garam da'wah semata mata. Tetapi kepuasan sebenar apabila melihat Sang Pencipta yang menilai da'wah saudari tersenyum dalam redha terhadap saudari atas keikhlasan saudari dalam kerja da'wah.

    sekian. salam perjuangan.
    doakan kesejahteraan ana sekeluarga jua. insya allah.
    *maaf, kiasan tiada tahqiq.

    ReplyDelete