Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat)
amal yang dituntut adalah:
1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki
anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi
(muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang
benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu
memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk
mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.
2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat
menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan
rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada
hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam
suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk
memenuhi tuntutan ini.
3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan
dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang
ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam
masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang
disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.
4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan
Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).
5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya
serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan
sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
Menjadi kewajipan negara ini pula untuk menjamin keamanan,
perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan,
menjaga kesihatan am dan sebagainya.
6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan
dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan
berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.
7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam”
(penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini
sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah
milik Allah.
No comments:
Post a Comment