Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam
Showing posts with label puisi jiwa. Show all posts
Showing posts with label puisi jiwa. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Secebis harapab buat bakal imamku

Buat bakal imamku
Aku ingin kau berjuang
Menjadi pejuang agama sejati
Aku tidak ingin menjadi penyebab
Dikau dimurkai Allah
Dan aku menjadi penghalang perjuanganmu

Aku dambakan seorang suami...
Yang mencintai Allah dan rasul lebih dari segalanya
Biarpun terpaksa ketepikan keluarga
Kerana aku faham di mana fiqh awlawiyatmu
Usah risau tinggalkan kami dirumah
Aku akan mendidik anak2 kita sebaiknya

Duhai suami yang ku cintai...
Lunaskan tanggungjawabmu sebaiknya
Ajarlah kami tentang rutin perjuanganmu
Fahamkanlah kami mengapa kau harus pergi berjuang
Didiklah kami agar turut mencintai perjuangan
Agar kami rasa abi sentiasa ada bersama kami
Tatkala dikau tiada dirumah bersama kami

Ya Allah, kurniakanlah aku seorang suami
Yang takkan duduk bergembira tatkala ummat menderita
Yang akan sambut panggilan jihad tatkala semboyan berbunyi
Yang dekat denganMu dan mencintai nabi separuh mati
Yang sanggup korbankan masa,jiwa, harta bahkan segalanya dijalanMu
Yang takkan cair dengan godaan dunia
Yang ibadatnya ibarat mati esok &usaha dunia ibarat hidup seribu tahun lagi

Pergilah berjuang suamiku
Usah kau risau aku dan anak2mu
Yakinlah Allah pasti menjaga kami
Tatkala usahamu sudah sehabis baik dan bertawakallah pdNya
Berdoalah aku juga akan melahirkan pejuang sepertimu
Sehebat salahuddin dan muhammad al-fateh
Dan anak2 kita turut melakukan yang sama
Sampai generasi kelak hingga terpatri janji Allah

Aku tahu kau sedang menungguku diluar sana
Andai bukan takdir kita bersama
Aku rela menjadi persis rabiatul adawiyah
Yang cintakan hanya 1 buat Allah azza wajalla
Jika tak bersatu di dunia
Di akhirat kelak Allah ganjarkan yang lebih baik dr segala2nya

Wednesday, March 21, 2012

Andai aku bersama kalian...

Andai aku bersama kalian
Akan ku disisi menemani kalian
Menghadapi apa yang kalian tempuhi
merasai tiap zarah yang kalian rasakan

andai aku bersama kalian
Akan ku papah beban kalian bersama
Akan ku ikut pikul tanggungjawab yang tergalas di bahu kalian
hingga tercapai segala matlamat kita

Andai aku bersama kalian
akan ku bisikkan kata-kata semangat
akan ku dorong kalian saat tersungkur
akan ku bangkitkan jiwa-jiwa agar kembali pada rabbnya


Andai aku bersama kalian
Akan ku usap air mata yang mengalir
Kesakitan itu aku juga turut merasai
kesengsaraan kalian aku ingin berkongsi bersama


andai aku bersama kalian
andai kalian rebah tak bangun-bangun
aku rela menjadi galang gantinya
akan ku sahut bendera perjuangan itu

Apakah daya aku tak mampu menemani kalian
atas komitmen lain yang tak bisa dielakkan
hanya tidak putus-putus ku kirimkan doa
Agar Allah sentiasa bersama kalian

Wednesday, January 18, 2012

Dunia Dakwah


Inilah realiti dunia dakwah yang terpaksa kita terokai
Yang jalan sangat panjang  takkan pernah buat langkah kita berhenti
dihampar permaidani onak duri pedih  melaluinya
kotak minda kita sarat dengan memikirkan ummat
Seluruh jiwa kita takkan reda dari badai ribut dan taufan
Peluh kita jarang sekali kering terkejar-kejar sana sini

Kita takkan dibalas dengan wang ringgit tapi poket kering
Kita takkan dihargai dengan pujian tapi dilempar dengan cacian
“Takde orang nak belanja kita makan padahal kita penat2 sebab diorang”
Tak ramai nak kawan dengan kita tapi musuh pulak bertambah-tambah
Selalu jauh dari keluarga tersayang padahal orang lain dah honeymoon sana sini

Tapi ni la jalan yang Allah cakap dalam Al-quran
Inilah jalan yang Rasulullah lalui sampai tumpah darah baginda
Dan inilah jalan yang para sahabat,tabi’ dan tabi’in perjuangankan
Jalan ni la yang ulama’ begitu cintakan sampai nafas yang terakhir
Jalan ni jugalah yang dipilih pencinta syurga dan dipertahankan hingga syahid

Dalam masa yang sama kita tetap merungut tak henti-henti
Jalan ni buat kita mengeluh penat hampir setiap hari
Kita mengaduh sakit-sakit badan minta simpati
Keringat dan air mata spontan mengalir sendiri
Rasa nak berhenti dan terpikir nak larikan diri

Ketahuilah sahabatku inilah jalan dakwah yang kita pilih
Merungutlah sebanyak mana yang kamu mahu tapi jalan dakwah tetap berliku
Berilah alasan apapun namun inilah realiti dunia dakwah yang takkan sepi dengan mehnah
Kesakitan dan kesengsaraan adalah perkara biasa bahkan menjadi elemen wajib dalam perjuangan
Menangislah semahumu malah biar bermandi peluh kerana itu semua tanda kau cinta Dia dan kekasihNya
Larilah dari perjuangan kerana bukan perjuangan menuntut kita tapi kitalah yang perlukan perjuangan

Tahukah dikau apa janji tuhan buat penolong agamaNya dalam kitab suci itu?
Lupakah dikau apa pesanan nabi buat ummatnya dalam hadith tinggalan baginda?
Ingatkah kau lagi pada kaedah usul fiqh yang menuntut kita tsabat dalam perjuangan ni?
Renungilah kembali apa fatwa yang ulama’ katakan tentang kewajipan kita sebagai ISLAM…
Tak kasihankah kau pada saudara kita yang terseksa disana saban waktu meminta bantuan kita?

Aku yakin dan pasti kerana fikirkan persoalan diataslah buat kau pilih jalan dakwah ini
Seorang daie pasti kuat dan mampu menggalas beban ini sebab itu kau dipilihNya
Lalu kembalilah sahabatku bangkit dari perhentianmu dan langkahlah dengan semangat baru
Aku, dia, mereka semua dan mungkin kamu juga sedia menjadi ‘amilin dalam agamaNya kerana;
Terlalu rindukan islam kembali tertegak di tanah tempat kita berpijak 

Wednesday, November 23, 2011

Buat insan yang TABAH

Diseballik redup matamu
tersimpan seribu rahsia di lubuk hatimu
Disebalik senyuman di bibirmu
terbuku simpulan derita hanya kau yang tahu
Disebalik ketenangan yang kau pamerkan
terbuku gelora jiwa yang kau pendam sahaja
Disebalik sikap ambil beratmu itu
tak siapa tahu adakah kabar jiwamu pernah ditanyakan
Disebalik sifat penyayang yang kau pamerkan
Adakah mereka tahu andai kau dahagakan kasih temanmu

Tapi, kau tetap setia disisi
Menemani kami semua dalam mengharungi mehnah ini
Biarpun badai melanda, kau teguh berdiri
Walau maha hebat dugaan datang, kau tetap bersama kami

Tuhan rakmatilah insan istimewa ini
limpahkanlah rahmat kasihmu padanya
pimpinlah dia ke jalan yang kau redhai
bahagiakan dia biar tiada lagi derita
agar segala kepahitan menjadi kemanisan
semoga tiap bebanan menjadi kesenangan
tabahkan hatinya dalam mengharungi hidup ini

Doaku agar Allah sentiasa perkuatkan hatimu
Serta istiqamah dalam menjalani tarbiyah ini
Semoga tiap impian dan doa dikabulkanNya
Agar kelak Islam kembali tertegak di bumi ini




Saturday, October 1, 2011

Kalam Perpisahan

Salam perjuangan buat para mujahid sekalian
Hari ini aku masih disini tapi esok belum tentu
Tika ini aku masih bertapak disini tapi kan pergi
Meninggalkan bumi padi ini entah bila kan kembali


Sahabat sahabiah sekalian
Saat ini aku masih menghela nafas perjuangan
Moga hari esok nafas dan jiwa ini tetap sama
Istiqomah atas jalan perjuangan yang kita ikrarkan suatu ketika dulu


Seketika nanti aku akan pergi
Meninggalkan kalian dengan doa pengharapan
Agar perjuangan tetap tega diteruskan
Walau pelbagai badai menimpa menguji keimanan


Perginya aku,dia dan mereka dari medan disini
Bukan bermakna ‘kehilangan’ dalam perjuangan kita
Pasti hadir kembali ‘jiwa-jiwa tabah’ yang dipilih olehNya
Perginya kami pasti berganti dengan yang lebih hebat dariNya

Wahai sahabat-sahabatku kerana allah
Seribu kemaafan dipohon dengan segala kekurangan diri
Tiada ucapan penghargaan yang mampu digambarkan atas setiap budi
Sepanjang memori kita bersama suatu ketika duhulu

Perginya aku hari ini bukan bermakna pergi selamanya
Pasti aku akan berada disini lagi andai ditakdirkanNya
Jodoh,pertemuan dan perpisahan kita semua keranaNya
Jika bukan di dunia fana insyaallah bakal di akhirat sana



Apa yang pasti langkah perjuangan harus diteruskan
Jiwa-jiwa hamba harus sedia setia dikorbankan
Semangat dan kesedaran jihad harus sentiasa membara
Pada setiap nafas,jiwa, tenaga dan harta yang mengalir dijalanNYA


*PERJUANGAN INI BUKAN KITA YANG MEMULAKAN DAN BUKAN KITA YANG MENGAKHIRKAN*

Monday, September 26, 2011

Mahasiswa harus belajar erti pengorbanan

Buat mahasiswa, anda nadi Negara,
bangsa dan yang paling penting agama.
Andalah bakal menentukan masa depan.
Andalah pemimpin yang dinanti

Tapi sayangnya…
Rosak mahasiswa,porak perandalah tamadun.
tanpa mahasiswa berilmu,kelamlah tamadun.
Tapi tamadun akan lagi rosak dgn mahasiswa yang tidak bertamadun.

Mahasiswa hari ini gelap masa depan
Memegang ijazah tapi masih menganggur
Mahasiswa hari ini tiada wawasan
Sekadar duduk diam menerima
Tidak pernah terdetik untuk memberi sesuatu


Mahasiswa kini memegang ijazah yang tiada gunanya
Menyarung jubah tanda tamat belajar selama-lamanya
Memakai topi konvokesyen mendabik dada kesombongan
Merasa lega dapat lari dari kehidupan university yang membebankan

Berapa ramai mahasiswa yang rutinnya
Hanya makan,belajar dan tidur
Ataupun keluar berjoli?
Berapa ramai mahasiswa yang sanggup menghabiskan masa mereka
Dengan program sana sini untuk pembangunan diri?

Mahasiswa harus belajar erti pengorbanan
Mahasiswa harus memahami erti memberi
Mahasiswa harus menghayati erti perjuangan
Mahasiswa harus pandai mengguna masa muda mereka


Mahasiswa bukan sekadar dilahirkan untuk memegang segulung ijazah
Tetapi mahasiswa dididik agar dapat menerajui Negara
Adakah mahasiswa yang lembik, malas dan tidak boleh diharap
Berguna untuk berkhidmat di masa hadapan?

Mahasiswa harus menyeimbangkan masa mereka
Telaahlah buku-buku agar kita tidak buta
Mengadap allah s.w.t di sejadah seketika atau berjemaah di rumahNya
Bersosial sekadarnya tapi jangan sampai melanggar batasan
Bersedia memberi khidmat pada masyarakat bila diperlukan

Jangan Tanya apa Negara beri pada kita
Tapi Tanya apa kita beri pada Negara
Jangan Tanya apa yang anda semua wahai mahasiswa akan dapat
Tapi fikirlah kesenangan masa depan terutama di padang mahsyar
Setiap amal kebajikan akan di hitung pembawa ke syurga


Andalah mahasiswa yang GAGAH…!

Thursday, September 8, 2011

islam tak perlukan wang ringgit untuk disebarkan


Andai aku punya berjuta duit

akan ku curahkan segalanya pada kalian

agar tidak membantutkan gerak kerja

dalam menyebarkan islam


katakan apa saja

akan ku beri segala

biar diri terkorban

asal perjuangan diteruskan


tapi ku sedar sesuatu

wang ringgit bukan segalanya

islam tak perlukan wang ringgit untuk disebarkan

tapi islam perlukan pejuang yang rela diTARBIAH


kesukaran dakwah bukan kerana kurangnya duit

tapi inilah medan perjuangan yang telah allah tetapkan

agar para penolongNya sentiasa terdidik

dalam menghadapi mehnah agar islam dapat disebarkan


tarbiah adalah segala-segalanya dalam perjuangan islam

tanpa tarbiyah pincanglah dakwah

andai perjuangan sepi tanpa tarbiyah

lahirlah pejuang yang manja, lembik dan penakut


buat sahabat perjuangan tercinta,

insyaallah, allah bantu tugas dakwah kita

jangan terkulai kerana kerana tiada modal untuk dipusingkan

percayalah rezeki allah sentiasa terbuka buat hambaNya

Monday, August 22, 2011

Gambar di facebook

Sahabat...

Aku sangat sayangkan kalian

Kerna itu peringatan ini disampaikan

Kerna cinta ukhuwah yang bersemadi keranaNya

Kerana aku mahu kita sama-sama berjiran di syurga


Sedarkah kalian

Gambar-gambar yang kalian post di facebook

Kalianlah yang bertanggungjawab atas keberadaannya

Kalianlah yang akan ditanya pabila disoal di akhirat kelak

Kalianlah yang akan menanggung dosa dan siksaan sendirian


Perasan atau tidak

Mungkin gambar yang kalian letakkan sekadar suka-suka saja

Untuk tatapan teman terdekat agar dapat mengikuti perkembangan kalian

Untuk berkongsi kenangan indah bergambar bersama mereka

Sama ada si dia yang teristimewa atau sahabat akrab dan juga keluarga tersayang


Tapi sedar tak kalian bahawa

Gambar yang kalian paparkan mungkin menggoda lelaki di luar sana

Kerana terkadang posing kalian keterlaluan

Mungkin ada juga yang mengeksploitasi gambar itu

Ke arah niat yang tidak baik

Apatah lagi gambar yang tidak menutup aurat


Ketahuilah...

Seandainya kalian mati suatu hari ini

Tapi tak sempat mendelete gambar berkenaan

Dosa kalian akan terus bertimbun walau tiada nafas di jiwa

Selagi gambar itu berada di facebook dan manjadi tatapan umum

Pada siapa kalian mahu minta tolong deletekan gambar-gambar itu?

Sedang email dan pasword facebook hanya kalian yang tahu


Tidak salah bergambar sahabatku

Tangkaplah sebanyak mana yang kau mahu

Posinglah secomel mana yang kau mampu

Tapi sekadar tatapan buat mahrammu

Manisnya seandainya ia menjadi mahar special buat suamimu


Akhir kata dariku

Aku juga manusia biasa yang selalu pelupa

Ingatkan dan tegurlah aku seandai tersalah pehitunganku

Aku bukan malaikat tak punya dosa

Tapi aku hamba tuhan yang membawa seruanNya