Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam
Showing posts with label sentuhan qalbu. Show all posts
Showing posts with label sentuhan qalbu. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Berkenaan isu SYRIA

Assalamualaikum W.B.T

Isu Syria menjadi topik perbualan utama masyarakat dunia hari ini. Ada yang simpati, yang turut merasa apa yang rakyat Syria alami. Pedih! sakit! Geram! Rejim Basyar Laknatullah!!

Persoalannya, adakah kita termasuk dalam golongan yang turut peka terhadap isu ini? Adakah isu ini dijadikan bahan bacaan/kajian dalam seharian atau hanya dipandang sebelah mata? Kita dalam golongan yang mana satu?

Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu Syria ini? Tahukah kita bahawa rejim Basyar Al-Assad Laknatullah telah melakukan pelbagai kezaliman terhadap saudara-saudara seislam kita? Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab, kanak-kanak ditembak dan dikerat, masjid-masjid dibom, mimbar diruntuhkan, memecah masuk rumah-rumah dan membunuh penghuni di dalamnya, merosakkan harta awam dan sebagainya. Kekejaman demi kekejaman dilakukan!

Seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Sebagai saudara seagama, apa yang kita boleh buat dan bantu?

Sebagai hamba ALLAH yang sentiasa bergantung padanya, kita perlu membantu saudara saudara seagama kita disana dengan mendoakan kesejahteraan mereka daripada terus dizalimi. Antara yang kita boleh lakukan ialah dengan membaca Qunut Nazilah. Kita boleh lakukan Qunut Nazilah dalam solat solat bagi mendoakan kemenangan pejuang Islam di Syria yang menentang kezaliman. Selain itu juga kita boleh lakukan solat hajat untuk mendoakan mereka disana, ALLAH pasti akan mendengar doa doa hambaNya.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin juga kita boleh memberi bantuan contohnya dari segi kewangan, jangan malu atau ada rasa kedekut jikalau ada pihak yang datang kepada kita untuk meminta bantuan khasnya dari segi kewangan. Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Mungkin sekarang kita bantu orang dalam kesusahan, satu hari nanti kalau kita susah ALLAH akan bantu kita pula.

Sebarkan tentang apa yang berlaku sebenarnya di Syria ini kepada orang ramai. Pelbagai medium boleh digunakan seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.Semoga sedikit sebanyak apa yang kita lakukan dapat meringankan beban mereka disana, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Dan saudara saudara seagamaku disana yang berjuang demi agama yang benar ini, ingatlah janji ALLAH:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Friday, January 13, 2012

Ayuh Bangkitlah Mahasiswaku!

Di manakah kalian ketika ini? Terlalu sibukkah kalian? Apakah yang sedang kalian fikirkan ketika ini, di saat umat ini sedang memanggil nama-nama kalian? Lalu kalian hanya mampu melihat di kaca media, kalian melihat dalam aman dan damai, kalian melihat kemudian kalian pergi. Ya, mungkin rasa sakit di dada kalian tatkala melihat umat ini disakiti lalu apa yang kalian boleh lakukan, kalian hanya terdiam, ulang lagi apa yang kalian boleh lakukan?Kalian hanya mampu terdiam…

Wahai mahasiswaku, tidakkah kalian mengetahui saat Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu pertama, menggigil seluruh tubuh baginda seperti dirasuk, kesejukan, seolah-olah baginda tidak mampu mengawal dirinya? Berat terasa oleh baginda menanggung segala penderitaan umatnya, “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (9:128)

Wahai mahasiswa seluruhnya, betapa dunia hari ini memerlukan kalian, di saat semua manusia memanggil kalian untuk membebaskan tanah milik mereka, umat ini membutuhkan kalian untuk berjuang dan berkorban, bukan lagi dalam bersenang-senang seadanya. Ayuh, kobarkan semangat kita untuk bangkit, keluarlah kita dari kelompok kejahiliahan kepada kebenaran.

Wahai mahasiswa yang dikasihi, pertama-tama ingin saya mengajak kalian untk melakukan perubahan dalaman, ya, dalaman iaitu hati kita. Masih ingatkah kita pada ayat Allah, “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. “ (91:8) Jalan yang ditunjukkan Allah untuk hati ini ada dua iaitu kefasikan dan ketakwaan, lalu beruntung orang yang menempuh jalan ketakwaan seperti sambunganNya pada ayat yang seterusnya, “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.” (91:9) Ketika kalian memilih jalan ini maka Allah memuji kalian lantaran daripada pilihan kalian sendiri. Ya, memang sukar untuk berada di jalan ini kerana tidakkah kalian tahu bahawasanya kepayahan dan kepahitan untuk berada di jalan ini akan diganjari dengan ganjaran yang tidak mampu dibayar sesiapa pun melainkan Allah? Maka beruntunglah kalian, beruntunglah kalian.

Seterusnya, dalam melakukan perubahan internal kalian masih belum terlepas daripada tanggungjawab kepada umat ini. Cukupkah sekadar perbaikan diri pada kalian sedangkan di sekitar rumah kalian masih banyak sampah-sampah yang perlu dibersihkan, banyak orang-orang yang masih tidak lena tidurnya lantaran kelaparan, namun yang kalian lakukan hanya melihat melalui tingkap rumah tanpa melihat keluar apatah lagi?

Oleh itu, semua mahasiswaku di seluruh dunia, di sinilah peranan kita selaku pemuda, selaku anggota masyarakat yang bergelar mahasiswa. Ayuh mari bersama-sama kita rapat saf, jalinkan silaturrahim sesama kita, membentuk satu saf yang kuat, berdaya saing dan tahan ujian untuk membawa tugas yang dinamakan amar ma’ruf nahi mungkar atau dakwah. Seperti yang diamanahkan Allah pada kita semua, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (3:104)

Ya, kalianlah orang-orang yang beruntung yang dimaksudkan Allah kerana kalian telah membawa dua perubahan yang besar iaitu internal dan external. Akhir penulisan ini, saya menyeru semua mahasiswa seluruhnya di manapun kalian bersaksikan pujian Allah di dalam ayat ini pada kita, bersungguh-sungguhlah untuk berubah, bersungguh-sungguhlah membina diri kerana kalian melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Kalian berda’wah kepada manusia untuk mengenal Allah dan kerana kalian adalah agent of change kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, bahkan dunia. ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, January 7, 2012

7 Maratibul Amal


Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am. 

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.

Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.

Menjadi kewajipan negara ini pula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya. 

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.

10 MUASAFAT TARBIYYAH


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting. 


4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


 6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


 8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Tuesday, December 6, 2011

SIAPA PUN KITA, MESTI TAHU AGAMA


Bila seseorang manusia berkata sesuatu tentang agama, tak semestinya dia seorang ustaz/ah. Untuk menyatakan hukum se’simple’ definasi aurat perempuan sudah dikatakan cenderung pada bahagian agama. Dikatakan mahu manjadi peguam maka peguam syarie pula yang bakal menjadi pilihan. Apa peguam sivil tidak perlu tahu agama? Tak kiralah siapa kita, peguam, doktor, arkitek, jurutera ka, kita mesti menjadi jurutera yang ada agama! Bukan sekadar ada agama yang namanya ISLAM tapi mengamalkan ajarannya. JADI JURUTERA YANG BERIMAN! JADIPEGUAM YANG BERIMAN! Bukan jadi peguam yang tahu undang-undang tapi mencacaikan agama bangsa. Memperjuang kebabasan yang di luar batasan syariat. Apa guna belajar sampai 5-7 tahun untuk menjadi seorang doctor, kerja sampai 24 jam semata-mata untuk merawat pesakit tapi solat 5 waktu pun tak cukup! Bila graduatenya seorang doctor, dia dikatakan hebat? Kehebatan apa yang perlu dibanggakan jika doa qunut pun hafal?

MasyaAllah… hari ini yang di puja-puja adalah manusia yang hebat akedemiknya. Insan kerdil yang menghafal al-quran itu diketepikan. Ah, dunia telah terbalik. Bila dia bicara bab ekonomi, dia digelar ahli ekonomi yang hebat. Nonsense!  Sepatutnya, jika dia seorang arkitek, tapi tak tahu agama…dia patut digelakkan beramai-ramai. Bukan bermakna nak memperkecilkan mereka tetapi agama ini kan semua orang menganutinya. Sesuatu yang umum. Kita islam maka kita perlu tahu apa itu islam dan apa yang terkandung dalam ajaran ini.

Tak semestinya yang mempelajari agama dan membicarakan agama hanya seorang ustaz atau ustazah. Semua orang islam patut tahu basic ni! Sampaikan ada yang beragama islam tapi takut nak bicarakan tentang islam yang dia anuti? Risau, andai shared something di facebook tentang islam akan dituduh alim! Akhirnya ambil keputusan post benda2 yang melalaikan macam status “currently I at BB Plaza…” yang tak da makna langsung. Semua yang di post di FB semuanya melalaikan. Tak ada pun satu mengajak kawan2 ingati tuhan. Mana amal kalian? Tahu kan apa makna syahadah. Sempurnakah 2 kalimah syahadah yang kalian lafazkan jika tiada AMAL? Bukan saya nak kata kalian kafir sebab sekadar tahu mengucap tapi tak solat 5 waktu sebab hanya Allah yang boleh menilai iman kalian. Tapi, renungkanlah…syurga atau neraka,pilihan itu terletak pada tangan kita.

Kini, bila seseorang mahu memperkatakan tentang Islam, dia dikatakan syadid (keterlaluan / ekstrem). Astaghfirullahhal’azim, sahabat kita ni nak menyampaikan hukum Allah s.w.t ni. Bukan nak cerita kisah hero fantasi  yang boleh terbang. Tapi digelakkan. Mereka ini dipermainkan dan di sisihkan. Disuruh “kalau hang nak berceramah, hang pi la kat masjid tu”. Brothers and sisters…takkan kita nak ingat Allah kat masjid ja kot. Kat shopping tak yah ingat? Kat padang bola tak yah ingat? Cuba bayangkan kalau pencipta agung kita ni, ingat kat kita time dalam masjid ja. Bila keluar masjid, Dia lupa nak bagi kita oksigen untuk kita bernafas. Tak ke kita terus kembali ke rahmat Allah time tu? Sahabat sekalian, tak kiralah dimana pun kita, ingatilah Allah dalam setiap perkara.

Hari ini, semua bab agama, dilepas kan pada pak ustaz/ah. “Hang ustaz, hangla patut tahu agama..”. Apa, hanya ustaz perlu tahu agama? Yang dok design bangunan tu tak perlu tahu agama? Sepatutnya situasinya begini. “Hang biologist, hang mesti tau agama. Hang engineer, hang patut tahu agama. Hang ustaz, lagi2 la mesti tau agama!”. Lani, sampai tanggungjawab didik anak pun dengan ilmu agama pun lepaskan bulat2 kat ustaz/ah kat sekolah. Anak dah naik sekolah menengah pun baru baca ‘muqaddam’.  Bila anak2 buat hal, mak bapak kata lagu ni. “ Kami ibu bapa dah cuba lakukan yang terbaik, tapi nak buat macammana, anak kami tak nak ikut…”. Apa yang hampa dah buat, kalau sikit pun bab agama tak pernah nak di bincangkan dalam rumah? Then, salahkan ustazah kat sekolah. Ada ibu bapa yang hantar anak2 sekolah agama untuk belajar agama. Anak2 ni pun pi la belajaq, tapi balik2 umah, ada depa tengok mak ayah depa solat? Bagi mereka buat apa nak solat kalau mak ayah nak solat. So, ilmu yang mereka belajar kat sekolah agama ni, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maka hilanglah kehidupan beragama. Islam sekadar pada nama, tapi selebihnya habuk pun tak dak.

Dengan kata mudah, tak kiralah siapa kita.  Kita mesti tahu agama! Sini saya bawakan huraian hadis tuntutan menuntut ilmu agama.

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').

Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)

20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.

Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis,  yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
***

Kalau dah tak tahu sangat pasal agama, pi la belajaq. Ni tidak, bodoh sombong. Tak mahu menuntut ilmu agama. Bila terjadi masalah dalam masyarakat, penyelesaiannya macam tu , macam ni. Bagi hukum sesat. Tak tefikir nak rujuk apa yang terkandung dalam al-quran! Pemimpin apa macam ni? Lepas tu tuduh orang sesat, padahal dia yang sesat.  Kesimpulannya, bertapa pentingnya kita menuntut ilmu agama ni. Tak kiralah bertapa besar pangkat kita, kita tetap perlu tahu agama. Adakah dengan sijil pengiktirafan seorang doctor itu sudah cukup di bawa ke akhirat? “ Ni dia Ya Allah, nila yang aku buat kat dunia. Rawat orang ramai”, hai hamba allah, berapa banyak yang hang dah buat tapi tak cukup solat, tak tutup aurat, minum arak, berfoya-foya…hang tetap akan masuk neraka. Tak da sebab sijil hang tu jadi lesen masuk syurga. Saya akhiri coretan kali ini dengan sebuah kalam dari sahabat…

*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. *Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim. *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu. *Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA. *Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta. *Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya. *Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya. *Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. *Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim. *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu. *Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia *Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA. *Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta. *Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya. *Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya. *Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….

~Menjadi orang agama itu satu pilihan tapi jadi orang beragama itu satu kewajipan~

Renung2kanlah, selamat beramal…Wallahhu’alam.

Saturday, November 26, 2011

Muslimah, di bahumu ada harapan.

Persis permata bernilai, muslimah sejati digambarkan sebagai seorang wanita Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, sopan tutur bicaranya, terjaga maruah dan kehormatannya serta yang paling utama iman sentiasa dipelihara agar terus subur dan mekar di dalam jiwa. Ringkasnya, kalimah keramat ini mempunyai pelbagai pentafsiran dan pengertian yang mendalam malah tidak termampu diterjemahkan dengan kata-kata. Sebagaimana sabda nabi junjungan s.a.w yang bermaksud : “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Betapa besarnya kedudukan muslimah yang solehah ini melebihi dari segala perhiasan di dunia dan seluruh isinya.

Menyoroti sejarah kegemilangan Islam, lahirnya ramai tokoh-tokoh pejuang muslimah yang berjiwa besar, mempunyai keimanan yang teguh lagi utuh, semangat jihad yang tinggi hingga sanggup mengorbankan apa sahaja demi membuktikan kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya. Hasil kejayaan pentarbiyyahan Baginda s.a.w terbukti dengan lahirnya barisan muslimah yang menabur jasa yang bukan sedikit pada dunia Islam antaranya Saidatina Khadijah, merupakan isteri juga pendorong utama dakwah Rasulullah s.a.w, Saidatina ‘Aisyah ketokohannya yang tersohor di kalangan para sahabat dalam bidang Hadith dan Fiqh, Fatimah al-Zahra’ permata yang meneruskan perjuangan ayahandanya, Khaulah al-Azwar srikandi di medan perang, Asma’, pemilik dua tali pinggang dan Zinnirah, merupakan seorang hamba yang tabah dan cekal dengan nikmat iman yang subur dalam dirinya. Zaman demi zaman membawa kepada pertambahan bilangan pejuang-pejuang Islam seiring perkembangan Islam ke serata alam. Sarjana Barat melihat bahawa zaman Rasulullah s.a.w sebagai zaman yang menakjubkan kerana Baginda telah berjaya menghasilkan satu kelompok manusia yang bukan sahaja berkuantiti malah berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang hanya dalam tempoh yang singkat.

Apabila ditelusuri jasa dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh srikandi penegak panji Islam, tidak tergambar keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh mereka demi menyelamatkan iman dan deen tercinta. Segala cabaran dan rintangan yang ditempuhi tidak sedikitpun melemahkan semangat dan mengurangkan keyakinan mereka terhadap risalah yang dibawa oleh kekasih Allah, apa yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah semata-mata dan syahid menjadi cita-cita utama. Sebagaimana penyiksaan yang diterima oleh Zainab al-Ghazali, dipenjara dan disiksa dalam pelbagai bentuk penyiksaan yang memeritkan. Ini sedikitpun tidak menggentarkan beliau, malah kesan kebenaran yang dibawa, beliau berjaya mengIslamkan seorang lelaki yang ditugaskan untuk menyiksanya di penjara!


Muslimah era globalisasi kini terdedah kepada pelbagai ujian dan cabaran yang semakin rencam dan kompleks. Persediaan yang lebih rapi dan bekalan yang mencukupi adalah amat diperlukan bagi mengharungi segala tribulasi yang mendatang. Melihat kepada skop selaku mahasiswi Islam, penguasaan ilmu sangatlah penting bukan sahaja di dalam bidang yang diceburi, tetapi juga dalam bidang lain seperti perkomputeran, pengurusan, pentadbiran dan bidang-bidang yang melatih kepakaran mereka. Dengan penguasaan dan kemahiran dalam ilmu-ilmu asas dan ilmu-ilmu bantu ini, maka, dunia Islam mampu melahirkan intelektual Fiqh yang menguasai bidang pengurusan, pegawai agama yang mahir dalam bidang IT dan multimedia juga pendakwah yang mampu berbicara mengenai bidang politik dengan baik.


Mahasiswi Islam juga perlu menyedari bahawa tanggungjawab yang terpikul di pundak mereka bukanlah sekadar sebagai seorang penuntut ilmu semata-mata, hidup di alam kampus bukanlah hanya bermain dan berlegar di bilik-bilik kuliah dan perpustakaan sahaja, tetapi lebih mencapah dan meluas dari itu. Penafian untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sosial dan persatuan, akan merencatkan perkembangan kemahiran dan menipiskan ruang pengalaman dan pertambahan ilmu luaran yang tidak mungkin diperoleh di dalam kuliah mahupun tutorial. Oleh itu, mahasiswi Islam ataupun muslimah harapan ummah ini hendaklah bergerak jauh ke hadapan dan bersikap lebih optimis terhadap segala tindak-tanduk dalam menghadapi arus maha hebat ini.


Muslimah yang ideal merupakan seorang muslimah yang berperanan besar dalam masyarakat. Ia bertindak sebagai seorang pelajar di medan keilmuannya, seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, seorang isteri yang taat kepada suaminya, seorang ibu yang gigih mendidik dan sabar dalam menghadapi kerenah anak-anaknya, seorang hamba yang patuh kepada perintahNya dan juga seorang pendorong dan pendokong dalam memperjuangkan agama Allah. Peranan-peranan ini merupakan suatu amanah yang cukup besar, memerlukan keteguhan dan kekentalan jiwa, serta kekuatan iman dalam menghadapi segala ujian dan semangat pengorbanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi. Maka benarlah ungkapan tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.

Muslimah sebagai tangan dalam perjuangan, perlu seiring dalam membawa wadah Islam dan bersama-sama dalam meneruskan agenda dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Peranan muslimah sebagai sayap kiri dalam membawa syari’at Islam perlu dimainkan dengan sebaiknya. Kejayaan dalam menyebarkan risalah kebenaran ini bukan dipertanggungjawabkan ke atas kaum Adam sahaja, tetapi kaum Hawa juga punyai peranan dan tanggungjawab yang tidak boleh diperkecilkan. Maka dengan ini, barisan muslimah harapan ummah perlu bangkit dan bersaing dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


Muslimah solehah, inspirasi ummah, hadirnya mampu membawa sinar di dalam sesebuah masyarakat. Segala kesenangan merupakan ujian, dalam mengharungi kehidupan, menuju kebahagiaan yang lebih hakiki dan abadi. Muslimah sejati menyedari diri sebagai fitnah dunia, sedaya upaya menjauhi dan menghindari agar maruah agama terpelihara dan kehormatan diri terjaga dari nafsu yang menggoda. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku tinggalkan kepada ummatku selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melainkan wanita.” Cukuplah sabda Baginda s.a.w menterjemahkan segala-galanya…


Muslimah puteri harapan merupakan lambang kegemilangan Islam. Muslimah srikandi perjuangan mampu menyaingi lelaki dalam berbakti dan berkorban. Muslimah yang sejati, dunia bukanlah pilihannya, kerana akhirat medan utama. Kekayaan dan kemewahan hidup bukanlah impiannya, tetapi pengorbanan menuju cinta Ilahi dan syahid di sisiNya adalah matlamat mereka.


Muslimah harapan ummah, di bahumu terpikul amanah……!


from:http://srikandimawar-uitm.blogspot.com/2009/10/muslimah-di-bahumu-ada-harapan.html

Thursday, November 17, 2011

Tanggung Jawab Personal dan Kolektif Umat Islam

Setiap manusia dikenai dua jenis tanggung jawab, yaitu tanggung jawab personal yang disebut dengan istilah fardhu ain, sedangkan tanggung jawab kolektif atau disebut sebagai fardhu kifayah.

Fardhu kifayah sendiri merupakan kewajiban sebagian umat Islam di suatu wilayah umat Islam untuk melakukan kewajiban tertentu yang diperintahkan Allah sebagai fardhu kifayah (misal amar makruf dalam bentuk melakukan adzan di suatu mesjid atau nahi munkar dalam bentuk memberantas kemaksiatan).

Fardhu kifayah baru sah bila memenuhi syarat jumlah dan kekuatan yang memadai. Bila sudah ada umat Islam lainnya dengan jumlah dan kapasitas yang memadai melakukan kewajiban tersebut maka gugurlah kewajiban umat Islam lainnya. Sebaliknya bila belum ada atau belum cukup jumlah dan kapasitas umat Islam yang turun tangan melakukan fardhu kifayah tersebut maka berdosalah seluruh umat Islam yang tidak ikut turun tangan melakukan fardhu kifayah tersebut.

Tentunya juga akan salah besar kalau ada orang yang mengutamakan fardhu kifayah (tanggung jawab kolektif) daripada tanggung jawab fardu ain (individu). Tetapi, menjadi sangat baik kalau dia mengerjakan fardu ain, juga melaksanakan fardu kifayah.

Kita menyadari bahwa tanggung jawab yang akan dipertanyakan kelak di hari akhirat adalah tanggung jawab personal. Artinya, Allah tidak membebankan tanggung jawab pihak lain kepada kita, kecuali kalau kita punya andil dalam persoalan tersebut. Karena itu, banyak ayat yang menekankan tanggung jawab ini.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286).

"Tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri." (An-Nisa: 84).

"Hai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka." (At-Tahrim: 6).

Rasulullah saw. bersabda, "Mulailah dengan diri kalian sendiri atau mulailah dengan keluargamu."

Dengan demikian, prioritas kita adalah menyelamatkan diri sendiri dari segala kemungkinan penyimpangan terhadap misi utama kehidupan, yaitu "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat: 56).

Apabila kita sadari hal itu, kita akan memahami arti ibadah seluas-luasnya. Yaitu "segala sesuatu yang kita lakukan dalam kehidupan kita sesuai dengan apa yang dicintai dan diridhai Allah SWT". "Segala apa yang dicintai dan diridhai oleh Allah, baik berupa perkataan, perbuatan yang nampak maupun yang tersembunyi." (Ibnu Taimiyah, Al-'Ubudiyah, hlm. 1). Ini mengandung pengertian bahwa seluruh aktivitas kita harus sesuai dengan syariat Islam. Jadi, acuannya adalah syariat Islam.

Sesudah seseorang dalam scope individu melaksanakan tanggung jawab dirinya sebagai hamba Allah, dia akan melangkah menempati posisi di masyarakatnya sesuai dengan kapasitas masing-masing. Seseorang dalam scope individu mempunyai tanggungjawab personal pada Allah untuk menjadi berguna bagi lingkungannya. Di sinilah terjadi interaksi dan kooperasi antara anggota masyarakat muslim sesuai dengan firman Allah SWT, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah: 2).

Dan, tanggung jawabnya semakin luas sesuai dengan kapasitas kemampuannya, sehingga dengan posisi masing-masing itu akan dimintai pertanggungjawabannya seperti sabda Nabi saw., "Ketahuilah bahwa setiap kalian adalah penanggung jawab dan setiap kalian akan ditanyai terhadap apa yang menjadi tanggung jawabnya. Imam yang ada di tengah manusia adalah penanggung jawab, dan dia akan ditanyai terhadap apa yang menjadi tanggung jawabnya. Seorang suami bertanggung jawab terhadap keluarganya, dan dia akan ditanyai tentang apa yang menjadi tanggung jawabnya. Dan seorang isteri bertanggung jawab terhadap rumah suaminya, dan anaknya dan dia akan ditanya tentang mereka." (HR Bukhari, Muslim, dan selain keduanya).

Dan apabila setiap individu tidak melaksanakan tanggung jawabnya sebagai hamba Allah yang berkewajiban melaksanakan syariat Islam sesuai dengan kemampuannya, berarti dia telah berkhianat. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad), dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfal: 27).

(Sumber tulisan : Ust. Farid Achmad Okbah, M.A., dan Amar Ma’ruf Nahi Munkar oleh Habib M. Rizieq Syihab)

Saturday, October 22, 2011

rezeki allah maha luas

Disini ana ingin kongsikan sebuah cerita yang berlaku pada diri ana sendiri. cerita ringkas yang bukan niat ana untuk berbangga-bangga atau menyatakan tentang kebaikan diri tetapi ana ingin berkongsi sesuatu yang ana dapat hari ini dengan harapan agar sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah juga dapat sama-sama merasa apa yang ana rasa.


Petang tadi ana dapat mesej daripada seorang sahabat. Sahabat ana beritahu bantuan kewangan diperlukan untuk membantu melancarkan gerak kerja Islam. Mereka memang sangat-sangat memerlukan bantuan tersebut. Dan ana ingin membantu. Ingin sama-sama berkongsi. 


Tapi ana tersedar dalam keadaan kewangan ana yang sangat membimbangkan sekarang. Cukup ana katakan untuk habiskan baki hari sebelum bermulanya cuti semester pun mungkin tidak mencukupi. Tambahan ana bercadang tidak mahu pulang ke kampung halaman pada cuti semester kali ini kerana banyak perkara yang ana perlu selesaikan disini.


Ana memang ada sedikit simpanan yang kalau boleh memang taknak kacau simpanan tersebut. Itu pun hasil nasihat ibu ana yang menyuruh ana simpan walaupun sedikit jika ada apa-apa kecemasan berlaku. Dan ana terfikir boleh saja ana gunakan simpanan tersebut untuk teruskan kehidupan, sebab keadaannya memang kecemasan. Duit tu pun ana boleh cover balik bila dapat elaun nanti.


Jadi ana membulatkan tekad, tak apa, ana akan bagi juga walaupun sedikit. Semoga dengan sedikit bantuan ana, gerak kerja tersebut dapat berjalan lancar. Tiba-tiba, henset ana berbunyi sekali lagi menandakan ada mesej masuk. Ana buka dan baca...


“kak chik, kak long ada bank in duit kat akaun. Abah bagi tadi...”


Alhamdulillah...apa yang dapat ana katakan? Allah sangat pemurah. Ana baru berkira-kira nak bagi, ana belum bagi lagi tapi Allah dah ganti dulu duit tu. Maknanya ana tak perlu nak kacau duit simpanan ana. Benarlah, janji Allah untuk orang yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Allah permudahkan segalanya..


erti hidup pada memberi


Kita kadang-kadang rasa berat nak bekorban. Bekorban masa, bekorban tenaga, bekorban harta pada jalan Allah. Tapi fikirkanlah sahabat-sahabat yang ana sayangi, janji Allah dalam surah Muuhammad ayat 7 yang bermaksud;


“wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”


Sama-sama kita koreksi diri kita. Semoga apa yang ana ceritakan ini dapat menjadi teladan kepada diri ana dan sahabat-sahabat ana.


credit to http://nurullin.blogspot.com/2010/10/erti-hidup-pada-memberi.html

Saturday, October 8, 2011

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat...

Andainya kematian kau tangisi

Pusara kau siram dengan air matamu

Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh

Nyalakaniah obor untuk umat ini

Dan

Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,

Kematianku hanyalah suatu perjalanan

Memenuhi panggilan kekasih yang merindu

Taman-taman indah disyurga Tuhan

Terhampar menanti

Burung-burungnya berpesta menyambutku

Dan berbahagialah hidupku di sana


Sahabat,

Puaka kegelapan pastikan lebur

Fajarkan menyingsing

Dan alam ini kan disinari cahaya lagi

Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya

Jangan gentar berkelana ke alam abadi

Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Wednesday, October 5, 2011

Tegurlah perempuan bertudung dengan baik

Aku baru saja berblogwalking tadi. Dan ada beberapa blog yang aku singgah telah menarik perhatian aku. Semuanya berkaitan dengan entri-entri yang berunsur teguran kepada para wanita bertudung dan juga luahan-luahan hati dari para wanita mengenai sikap sesetengah orang yang menegur.

Bagi aku, sikap saling tegur-menegur itu adalah sesuatu yang baik kerana ianya dapat memperbaiki mana-mana aspek dalam hidup yang belum sempurna. Islam sendiri menggalakkan kita menegur sesiapa saja jika terdapat kekurangan dalam diri mereka. Tapi ramai orang lupa akan aspek terpenting dalam menegur iaitu 'berhemah'.

Aku selalu terjumpa orang yang menegur dengan cara yang salah di mana mereka hanya memikirkan hasilnya. Mereka menegur orang dengan niat orang tersebut akan berubah. Mereka menegur kerana ingin orang yang ditegur itu memperbaiki diri. Bila yang ditegur tidak makan teguran, mereka akan mula bertindak mencalar maruah yang ditegur supaya mereka akan kembali ke pangkal jalan. Tetapi malangnya bila maruah orang yang ditegur itu tercalar, adakah dia akan berubah? Tidak! Ini kerana orang itu akan cuba mempertahankan apa yang dilakukannya demi menjaga maruah diri. Sekiranya itu yang berlaku, sesi tegur-menegur hanya menjadi sia-sia.

Okey, cukup dengan entri pembukaan itu. Aku sebenarnya mau cakap pasal perempuan yang bertudung. Berdasarkan pemerhatian aku, sejak baru-baru ni, pemakaian tudung mula semakin meluas. Ini mungkin kerana wujudnya pelbagai tudung berfesyen dengan gaya yang baru membuatkan para wanita di luar sana teringin untuk mencubanya. Dan, sudah tentu tidak semua tudung itu menepati ciri-ciri syariat Islam dengan betul. Oleh itu, muncul lah golongan-golongan yang mengambil berat akan saudari seagama sendiri dan menegur mereka supaya memakai tudung mengikut cara yang betul.

Ada sesetengah yang menegur dengan memberitahu, perempuan yang pakai tudung nampak dada tu akan masuk neraka. Ada jugak yang memberitahu, buka tudung lagi bagus daripada pakai tudung yang tidak betul tu kerana kononnya ia memalukan Islam. Tidak kurang jugak jugak yang menegur dengan terus menghentam wanita-wanita yang memakai tudung berfesyen yang salah dari segi syariat itu.

Semua itu dilakukan dengan niat yang satu. Berharap agar wanita-wanita yang bertudung tidak sesuai itu memakai tudung dengan cara yang betul. Tapi sekiranya menegur itu digunakan dengan cara yang di atas tu, adakah para wanita dapat terima dengan hati yang terbuka atau dengan hati yang terluka? Jawapannya, terluka. Ini kerana, bagi orang perempuan kata-kata itu kekadangnya boleh menjadi tajam seperti pedang. Hati perempuan ni sensitif tau.

Kita kena ingat prinsip menegur secara berhemah. Perkara paling penting adalah perasaan pihak yang ditegur itu. Jangan sesekali kita menyakiti hati mereka, kerana mereka jugak manusia seperti kita. Kadang-kadang ada melakukan kesilapan. Tidak semua akan terlepas daripada melakukannya. Dan, tidak semua yang silap dan salah itu tidak boleh diperbaiki. Ianya mengambil masa untuk sesuatu perubahan itu berlaku. Sebab itulah pendekatan berhemah itu perlu digunakan dengan sebaiknya.

Kalau kita menegur orang, janganlah diaibkan orang itu. Jangan disebut-sebut kesilapan yang dilakukan oleh wanita yang memakai tudung tidak betul. Kan ada cara lain yang lebih baik. Apa salah kita menghubunginya secara personal barulah tegur dia dengan baik. Melalui cara itu, sekurang-kurangnya perempuan itu akan rasa lebih dihargai bila kita berbuat demikian kerana privasi dia terjaga. Selain itu, gunakan cara yang memujuk, bukannya dengan cara yang berunsur emosi.

Sekarang mari kita cuba lihat contoh dialog di bawah, dan bandingkan yang mana satu lebih berkesan......
"Sedar la wahai perempuan yang pakai tudung tak betul tu! Pakai tudung tapi nampak bentuk dada, apa guna?! Aku yang tengok pun naik nafsu! Kamu tidak takut ke masuk neraka? Patut la nabi pernah cakap kebanyakan penghuni neraka adalah para wanita!!"
"Cantik tudung kamu. Tapi, macam belum lengkap lagi lah. Kan bagus kalau tudung tu besar sikit. Kalau boleh, tutup bahagian bawah. Kamu tetap nampak cantik kalau pakai begitu. Dan lagi, itu lebih menjaga aurat. Tapi semua tu dari kamu sendiri jugak. Aku hanya memberi pendapat aku yang tidak seberapa ni."

Adakah korang nampak perbezaan di antara kedua-dua teguran itu? Persamaan yang boleh dilihat adalah kedua-duanya menegur tudung yang tidak lengkap dipakai atau tidak menepati ciri-ciri Islam. Tetapi dialog kedua lebih baik kerana ianya tidak berunsur emosi dan tidak menyakitkan hati serta dapat membuatkan jauh di sudut hati seorang wanita itu untuk berubah.

Kalaulah semua orang dapat mengamalkan sikap menegur secara berhemah, aku pasti tiada lagi wanita yang akan sakit hati atau pun kecewa kerana dilabel sebagai bukan-bukan oleh orang yang menegur. Sudah tentu tiada lagi salah faham di antara mereka yang menegur dan ditegur. Biarlah semua wanita bertudung memperbaiki bab penjagaan aurat mereka dengan ikhlas. Itu lebih baik daripada memperbetulkan tudung hanya kerana terpaksa. Masing-masing ada hak untuk melakukan sesuatu. Orang lain ada hak menegur, orang yang ditegur jugak ada hak untuk menerima atau menolaknya.

Pesan aku kepada mereka-mereka yang ingin menegur perempuan bertudung, tegurlah mereka dengan berhemah. Gunakanlah kelembutan berbanding kekerasan. Berikan mereka peluang untuk berubah. Kepada wanita yang bertudung pulak, aku percaya yang kalian tetap akan dapat berubah satu hari nanti. Bila waktunya, hanya Allah saja yang tahu. Yang penting, kalian teruskan saja usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga kita semua sama-sama dapat menjadi insan yang lebih baik.

*from facebook*

Tuesday, September 6, 2011

kerana 20 sen...

Pertama sekali aku nk istighfar dulu

astaghfirullahhal'azim

aku nak cite pasal menangis

aku jarang menangis ni

aku sebenarnya malu nak nangis depan orang

tapi

hari ni...

kerana 20sen ni aku nangis...





Ceritanya begini.aku baru pulang dari kelas lalu balik ke bilik dengan riangnya. Tetapi disaat melangkahkan kaki masuk ke bilik, pelik tengok penutup printer ternganga. "ya allah,ape jadi dengan printer aku ni", bisikku dalam hati. aku cuba tanye roomatesku. diorang pun tak tahu tapi tadi ade orang datang print. "oh,tu classmate aku...",aku menjawab. kitaorang kene hantar assignment tadi, tu yang kelam kabut tu", tambahku. Lalu, tanpe berfikir panjang , aku terus duduk mengadap printer, cuba untuk mengenal pasti ape masalah kali ni. Setelah hampir sejam 'menggerodak' printer, aku give up. Apalah yang classmate aku wat ni sampai tak boleh nak load paper. dah suluh dalam printer tapi tak ada pape yang stuck. "Ink takde tumpah tapi kenape tak leh nak load paper ni" , fikirku. Aku cuba menyeluk tanganku kedalam printer takut2 ada something yang buat dia tersekat. takde pun.

Aku buntu. rase penat sangat. aku cuba tenangkan hati. apalah yang diorang wat tadi ni, bagi mesej tak balas. amarah mula merasuki diriku tapi ku sabarkan hati. cuba mengawal panas baranku. nak marah... classmate. tetiba rase air mate bertakung. amarahku bertukar jadi air mata... dah tak leh nak marah kan...

Takkanlah sebab printer aku nak nangis. ni bukan pasal printer, ni pasal banyak tekanan dalam minggu ni. Aku berzikir dalam hati. bantulah aku ya allah. takkanlah nak bawak printer ni pi service lagi. Lalu aku cuba lagi load paper, tersekat lagi. Berhelai2 kertas habis kene 'keronyok' oleh printer. Aku tarik lagi kertas yang tersekat tu... .Lalu berbunyi...ting!!! "eh bunyi ape ni"fikirku. lalu aku pun selukla tangan keluarkan benda tu. astaghfirullahhal'azim. duit 20sen rupenye tersekat dalam ni.

Tolonglah....

sebab 20 sen aku nangis...

rase lawak pulak...

tapi aku dapat banyak pengajaran tadi...

kejadian tadi banyak menguji kesabaran aku...

yang selama ni aku tekad untuk berubah...

nah! ini tarbiyah allah...

“Wahai orang yang beriman, bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah & sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Surah Al-Imran:200)


Allah nak uji apa yang aku ikrarkan selama ni jadi tak...

alhamdulillah...aku bersyukur padamu ya allah

amarah aku pada mereka mula reda dan hilang...

insyaallah esok aku pulangkan duit 20 sen ni pada tuannya

terima kasih,sebab korang hati aku terdidik hari ini (^_^)

Tuesday, May 17, 2011


Syed Qutb:
"Apabila kita hidup hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.
Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita,hidup kerana fikrah,
maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam.
Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini,
kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian
(kerana perjuangan belum mencapai matlamat).
Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang."

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai" - Syed Qutub -

Teman..
berjanji pada diri agar dirimu berjuang di medan amar ma'ruf dan nahi munkar.
membawa kemanisan iman
cinta dan jihad abadi.
lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan Deen Ilahi.
biar dirimu mati dalam perjuangan krn engkau Islam sejati.

Satu PERINGATAN buat Ana dan juga Teman-teman...

Saturday, April 9, 2011

SELAGI BERGELAR MANUSIA………

Kita manusia. Kita semua sama sahaja. Tiada bezanya antara kita selagi bergelar manusia. Manusia? Bukan namanya manusia jika kita terlepas dari ujian dan dugaan dariNya.

Allah juga telah berfirman……

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan menyatakan bahawa ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji & sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar & dusta”

(Surah Al-Ankabut: 2-3)

Untuk apa tuhan menurunkan ujian? Fikirkan dan renungilah…… . Allah memerintahkan para malaikat bebani kita dengan pelbagai ujian. Kerana apa? Tidak kasihankah tuhan pada kita, insan yang lemah dan hina ini. Siapa sangka! Allah mahu menguji kita, hambaNya. Allah merindukan suara kita. Suara rintihan kita. Doa dan pengaduan kita kepadaNya. Allah mahu menguji kemanakah kita merintih dan mengadu. Pada tuhan atau pada manusia yang lemah yang tidak berdaya melakukan apa-apa. Allah mahu menilai kita! Apakah pilihan kita?

Allah juga telah berfirman……

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk”

(Surah Al-Baqarah:45)

Ujian ini umpama sebuah rumah. Rumah yang diberi nama oleh Allah, SYURGA. Benar kata pepatah, rumahku, syurgaku. Tetapi untuk memasuki sebuah rumah kita perlukan kunci. Kunci itu adalah kesabaran kita. Kesabaran kita dalam menempuh ujianNya. Selama mana kita bersabar, begitulah bertapa dalamnya Allah mengasihi kita, hambaNya.

Allah juga telah berfirman……

“Wahai orang yang beriman, bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah & sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Surah Al-Imran:200)

Sabar?Sejauh manakita mampu bersabar?Fitrah insani, kita punya kehendak tersendiri. Punya keinginan yang tinggi. Seringkali kita alpa untuk lebih bersabar. Acapkali tidak mampu bersabar untuk jangka masa yang lebih lama…..

Berkat kesabaran kita, Insyaallah kita akan dikurniakan 4 perkara:

i-menunjukkkan kita ke jalan yang benar

ii-menguji tahap keimanan kita

iii-membuktikan kasih Allah pada diri kita

iv-mendekatkan kita dengan Syurga impian

Allah juga telah berfirman……

-BALASAN SIFAT SABAR-

Mereka itu semuanya akan di balas dengan mendapat tempat tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.

(Surah Al-Furqan:75)

Maka, tetapkanlah kesabaran dalam hati kita. Sesungguhnya kita inilah diantara hambaNya yang terpilih untuk menperolehi rahmatNya. Berbanggalah, diantara berjuta manusia, kitalah yang bertuah dikurniakan taufiq hidayahNya. Teruskanlah perjuangan kita sebagai khalifah sejati. Buktikan, bertapa kukuhnya iman dan taqwa kita kepadaNya. Moga-moga, kehidupan kita diredhainya. INSYAALLAH………….



Dengan ujianlah

Membawa kita ke Syurga hakiki

Juga mendekatkan kita kepadaNya

Diuji tahap keimanan kita

Kemana jauhnya ia mengembara

Mencari kesabaran impian diri

Itulah pelerainya……