Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Sunday, January 30, 2011

Syukurku pada nikmatMu

alhamdulillah,segala puji bagi allah
yang menciptakan bumi dan seisinya
bertapa hebatnya kekuasaanMu
tiada yang mampu menandingiMu
hanya engkau tuhan yang disembah

ya allah yg maha penyayang
andai bisa aku menulis surat cinta kepadamu
inginku lakarkan ribuan ucapan terima kasih
atas setiap nikmat yang Kau berikan
walau aku sering lupa dan terlalai

setiap kali aku menadah tangan
memohon kepadaMu berharap meminta
tidak sekali Kau lupakan
sentiasa saja Kau makbulkan
dalam seketika walau menuntut kesabaran

aku bersyukur ya Allah kepadaMu
setiap perubahan ke arah kebaikan
yang ku tasbihkan dalam hajatku
Kau jadikan kenyataan di alam realiti
seakan ia semua mimpi indah di syurgawi

walau aku ini hamba lupa
walau aku ini hamba lalai
seringkali tak bersyukur dengan nikmatMu
seringkali terhanyut dengan arus dunia yang menipu
terkadang selalu melupakanMu
namun Kau tidak sekali melupakanku

dalam diulit mimpi indah
pasti terselit ujian dan tarbiyyah
tidak sekali Kau biarkan
iman sepi tanpa diuji 
kerna dakwah menuntut pengorbanan
tak lari dari kemanisan dan keperitan 
janjiMu pasti bantuanMu tiba 

wahai allah hanya kepadamu kami memohon
kuatkanlah hati kami di jalan ini
sabarkan kami jangan sekali putus asa
satukanlah hati-hati kami semua
dengan tali ikatan akidah yang satu ini
istiqomah dan marakanlah langkah kami


Thursday, January 27, 2011

janganlah mengukir dosa dikala kita menentang kemungkaran

ikatan itu ikatan mulia
janganlah antum mengotorinya dengan dosa
ikatan itu penuh ujian
takut antum tak mampu menghadapinya

oleh itu,
pasti antum sudah fikir sedalamnya
pasti antum tidak mambabi buta membuat keputusan
pasti istikharoh menjadi jalan mencari petunjukNya 
pasti antum sudah menimbal baik dan buruknya

tetapi mengapa?
mengapa berita yang didengari tidak seperti yang diharapkan?
mengapa ikatan itu tidak dibawa dengan cara islam yang sebetulnya?
mengapa antum seperti meniru perbuatan pasangan lain di luar sana
mengapa yang buruk sahaja sampai ke telinga ana?

tunjukkanlah dan bukti pada ana
apa beza ikatan antum berbanding pasangan jahil yang lain
perbuatan antum sama sahaja dengan mereka
cuma bezanya antum diikat dengan cara yang dianjurkan islam
tapi adakah itu yang islam ajarkan selama ini?

pertunangan sekadar mengatakan 'dia kepunyaan kita'
tapi tidak sekali menghalalkan apa-apa
maka antum harus berhati-hati dala perhubungan
jika tidak mampu bernikahlah segera
janganlah mengukir dosa dikala kita menentang kemungkaran 


Tuesday, January 25, 2011

tolong ingatkan ana

Tolong ingatkan ana
Andai ana terlupakan tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan ana
Jgn jd anak derhaka
Ayah bonda dlupakan jgn
Usah dilukakan hati dan perasaan

Tolong ingatkan ana
supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tetapi tarbiah berpanjangan

Tolong ingatkan ana
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan ana
Dimana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan ana
pelajaran itu amatlah penting
fardhu ain dan kifayah jgn ditinggalkan
sebagai persediaan bila ditanya nanti

Tolong ingatkan ana
Supaya istiqomah dalam perjuangan
terus melangkah membawa kebenaran
jangan disia nikmat yg dikurniakan

Tolong ingatkan ana
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dlm perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan ana
Diri ini milik yg maha kuasa
Kepadanya diserahkan jiwa
Segala-galanya dialah tumpuan

Tolong ingatkan ana
Dikala ana terlupa
Walaupun ana masih ingat
Tak semestinya ana ingat semua

Monday, January 24, 2011

Maafkan aku...

dengan nama allah yang maha penyayang
yang mengizinkan aku melakar
agar dapat diluahkan segala rasa hati
biar luka ini terawat kembali

bukan ku tak sedar kelukaan mereka
bukan aku menidakkan mereka punya hati
bukan ku tak cuba menyelami
memahami setiap jiwa dan hati mereka
mungkin aku belum cukup tega
untuk mendekati jiwa-jiwa ini

ya allah yang tuhanku
aku ini hamba hina
seringkali melakukan kesalahan
maka ampunkan aku
aku takut ke neraka
namun aku tak layak ke syurga


wahai hati-hati yang bersamaku
maaf seandainya aku menguris hatimu
bilamana kata-kataku kasar bahasa
terkesan dilubuk hatimu
maaf atas kesilapan perhitunganku 

tapi ketahuilah aku sayang kepadamu
aku tegur bukan kerna benci
tapi kerna cinta yang tersemai antara kita
yang ku ukir atas nama allah
tidak ku biarkan kalian tersesat jalan
seandainya tersalah pilihan