Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.-iluvislam

Tuesday, January 25, 2011

tolong ingatkan ana

Tolong ingatkan ana
Andai ana terlupakan tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan ana
Jgn jd anak derhaka
Ayah bonda dlupakan jgn
Usah dilukakan hati dan perasaan

Tolong ingatkan ana
supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tetapi tarbiah berpanjangan

Tolong ingatkan ana
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan ana
Dimana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan ana
pelajaran itu amatlah penting
fardhu ain dan kifayah jgn ditinggalkan
sebagai persediaan bila ditanya nanti

Tolong ingatkan ana
Supaya istiqomah dalam perjuangan
terus melangkah membawa kebenaran
jangan disia nikmat yg dikurniakan

Tolong ingatkan ana
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dlm perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan ana
Diri ini milik yg maha kuasa
Kepadanya diserahkan jiwa
Segala-galanya dialah tumpuan

Tolong ingatkan ana
Dikala ana terlupa
Walaupun ana masih ingat
Tak semestinya ana ingat semua

No comments:

Post a Comment